Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, April 28, 2009

MiniLibraryku

Koleksi mini library

Banyak juga aku telah beli buku-buku ni AHH!!! Tidak rugi jika membeli buku.. Mungkin aku tersedar dengan kata-kata pendahuluan yang selalu diungkapkan oleh Ustaz Riduan Mohd Noor. “Memperkayakan perpustakaan maklumat” Aku juga terpengaruh dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus “ Apabila mati, apakah pusaka, Kitab2 boleh dijadikan pusaka”. Buku-buku ini adalah ilmu dan boleh diwarisi. Tak macam maklumat internet..maklumat syber alam maya.


Apakah sama kita membaca buku yang dibeli dan yang dipinjam?? Nampak sama tapi hakikatnya berbeza Kemanakah ilmu yang kita bawa jika rujukan yang kita baca tiada 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang. Buku-buku ilmiah sebagai memenuhi maklumat dan perpustakaan mini rumahku di masa akan datang। Pupuklah budaya ilmu dikalangann anak-anak, anak muda, pemuda terutamanya.


Alhamdulillah aku tersedar dan dapat menilai tapi hanya sedikit. Pada 25 April 2009 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kebanyakkan yang hadir dan ku nilai sebagai pencinta ilmu adalah dikalangan yang bertudung labuh, digelar ustaz-ustas, pelajar aliran agama dan BLOGGER. Ini secara kasar dan ku tidak menafikan yang lain bukan pencinta ilmu.

Aku pun tak pasti, sejak bila aku jadi ketagihan ilmu। Semangat mengkaji dan ingin tahu membuak di hati dan pemikiran. Masih bodoh lagi aku sebenarnya..Masih banyak yang ku tidak tahu..

Assalamualaikum

JOM JADI PENCINTA ILMU DAN MEBERI ILMU

Monday, April 27, 2009

DemiMasa

Thursday, April 23, 2009

Pimpinan

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, lahir 20 OKT 1947 merupakan Presiden PAS dan bekas Menteri Besar Terengganu. Beliau juga telah dikurniakan dengan gelaran "Dato' Seri Tuan Guru Haji"

Kehidupan awal- Lahir pada 6 Zulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang Terengganu. Anak ke-5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

Keluarga- Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Dikurniakan 13 orang anak. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 3 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman.

Pendidikan- Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil aliran Sanawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, KT. Di samping itu beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Univ Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Univ AlAzhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975).

Politik- Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.

Pilihan raya- Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

Antarabangsa- Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Antaranya :-

  1. Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
  2. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
  3. Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
  4. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
  5. Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
  6. Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
  7. Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.



Tuesday, March 31, 2009

dapatkan Alquran dan Terjemahan

Saturday, March 28, 2009

Tanggungjawab, Amanah, Keterpaksaan, atau Hipokrit

Persoalan:

  1. Membersihkan rumah sewa/bilik hostel apabila kelihatan kotor, serabut…….(perlu buat jadual ke??) Atau hanya tunggu gotong royong…… sebulan sekali baru nak bersihkan….
  2. Membuang sampah di dapur (perlukan jadual ke???) ada jadual tak pun tak buat?......
  3. Parking motor kat depan Rumh (Perlu tegur dan ada yang handle ke???) atau kena ada undang2 macam UTHM.. saman!!!
  4. Susun selipar sendiri.. perlu hanya dalam tamrin dan program??? Rumah macammana???
  5. Basuh pinggan dan cawan sendiri selepas makan perlu kena suruh, kena tegur ke??.... (nak suruh isteri dan ibu basuh selalu.......) kat kg mungkin lain la......
  6. Nak keluar rumah, tak guna komp... please shut down komputer dan off lampu... (perlu ada orang pantau…suruh..tegur setiap masa??) elektrik bukan free...... air paip pun sama juga....
  7. Kerja2 harian dirumah semua hanya dibuat jika sesuai dan minat dengan diri?????

Fikir2 lah.............

Secebis cerita......

Assalamualaikum......
Zupi, Pali dan Jehe dihari ini ada ujian jurutera masyarakat... masing2 sibuk dengan study... dikala ini aku (faizal) meluangkan sedikit masa untuk tidak terlalu boring dengan nota2...... terdetik juga ingin melihat informasi semasa sahabat2.... buka emel sekejap. Ikutkan masa dan study memang belum habis sepenuhnya......

Aku pergi kedapur, king... kang... ting... tong.... bunyinya.. terasa lapar pula.. mungkin ingin sarapan. tetapi tiada apa yang ada... air cola radix, kopi radix ada la dalam peti.. tetapi rasa berat juga nak keluarkan duit hari2 untuk air segera itu..... air suam, teh o pun air juga, boleh minum. Murah....

Tetiba je ada orang menyampuk.... Zal nak masak ke pagi2 ni....? Faisal rupanya.. aku menjawab boleh juga..... setelah diselidiki apa bahan yang ada kat dapur.. tercetus idea. Nak masak lauk daging kurma la... Faisal memahami ku... terus keluar dan pulang membawa seekor ayam dan bahan2 lain seperi sayur, telur... pelbagai RM25.00 dibelanjakan untuk keperluan dapur. minggu lepas jehe belanjakan RM49.00. Semuanya tercatat dalam rekod bendahari pakatan memasak. Aku baru bayar RM15.00.... (RM50.00 dikumpul setiap habis duit sebelumnya).

Aku terkejut juga dengan apa yang dibeli....tetiba pali, jehe datang kedapur untuk menolong ku... siang bawang, siang ayam, potong cili, macam dah jadi perkara biasa... Jika tidak menolong boleh dikatakan pelik.... terasa tanggungjawab individu dan amanah dalam menyediakan masakan bersama. Dengan sekejap sahaja semua yang dimasak masak.. sekarang semua dengan kerja masing...study la.....

Makannya belum lagi..mungkin sebelum zohor kot... ujian pukul 2.00-4.00petang. Dengan memasak banyak kami berbincang berkongsi idea. Dulu pali mana pandai masak.... tetapi sekarang,,semua menu dalam internet di copy olehnya dan diaplikasikan.... Boleh dikatakan cheff pali. Faisal pun apa kurang nya... boleh dikatakan QC, QA dalam masakan... dengan nilai estatika juga diambil kira.... pernah dia mengatakan pada ku,,, tiada seri dalam masakan. Mana tidaknya masakannya selalu berhias, berwarna warni....sayur ada cili merah, cili hijau, lobak....

Dalam masakan ini ana rasa ada yang boleh dikongsikan....

Kerja selalu bersama............
Saling mengeluarkan belanja dan modal dapur
Saling bertanggung jawab dalam menyimpan, membersihkan dapur
Amanah dalam penggunaan duit pakatan memasak
Makan bersama2... lauk dibahagi secukupnya.....
Bersih, basuh periuk, basuh pinggan.....
Biasanya apabila makan.. ada sahabat2 lain yang turut serta... takkan tak nak ajak kan......???
  • ada yang mencuba..
  • ada yang makan sampai tamat sesi makan....
  • ada yang menolak....
  • macam2 ragam.........
  • ada yang selalu je makan......apabila ajak je datang....
  • ada yang memuji sahaja.....


Aiman tak kisah.....

Adakah ini Amanah, Tanggungjawab, atau hipokrit..................